Saturday, November 13, 2010

Tamat Sudah

Semester 1 tahun 2 berakhir dengan titisan-titisan dakwat pen terakhir pada kertas Kemahiran Membuat Keputusan yang tah papa la aku jawab disebabkan memikirkan nak balik ke bumi tanah tumpah darahku ini. Ya! aku dah habis sem 1 tapi masih di tahun 2 lagi la..

Walaupun berdepan dengan lecturer yang semakin mencabar keimanan untuk tidak memaki-maki mereka semasa kuliah akhirnya aku berjaya (or not) untuk habiskan sem ni. Yalah, nak tak nak memang akan habis jugak kan sem ni. Ah! lupakan semua itu! Lupakan semua yang telah berlalu, apa yang penting masa sekarang. Ya masa cuti yang perlu diisi dengan pelbagai aktiviti makan berfaedah.

Thanks diucapkan kepada kawan-kawan yang banyak membantu dan memberikan ku gelak ketawa yang tak sudah-sudah sepanjang sem ni. Sayang korang ketat-ketat! Jangan nakal-nakal tau sepanjang holiday ni. Nanti taknak lah jumpa sem depan ada yang putus jari ke, putus tangan ke, patah kaki ke, leher 'ter' sembelih sebab orang tak kenal mana satu sapi mana satu korang. Jaga diri bebaik tau!


p/s-joe dah jumpa blog aku!terima kasih sebab berusaha..haha
p/ss-sampai tawau lambat sebab flight delay 30 minit! tapi seronok sebab Stewardess comel-comel..(mode gatal)


2 comments:

akuzai said...

punya gatal kau nih....hahahahhaha

Ayai said...

bah biarlah..hoho...sekali sekala apa salahnya kan..