Saturday, September 17, 2011

Jangan Dilayan Sangat

Hidup ni memang takkan pernah habis dan lari dari test dan exam dari Allah SWT, jadi sebagai tanda kita seorang hamba yang patuh, kenalah redha dan pasrah kan dengan semua yang belalu. Tak semua benda yang kita mau itu akan kita dapat Allah sendiri yang lebih mengerti apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kala kita inginkan sesuatu perkara atas dasar kehendak kita namun dengan kuasa Allah SWT, Dia memberikan kita sesuatu yang kita lebih perlukan lebih daripada apa yang kita kehendaki. Sebagai hamba juga kita kena selalu bersyukur dengan apa yang ada dan sebagai tanda syukur dan redha tu kenalah melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang kan.




Mukadimah memang macam takda kaitan, jadi mari kembali ke tajuk asal. Asalnya nak cerita pasal orang lain tapi takut jadi dosa berbanding pengajaran jadi mari ringkaskan dengan :

"Kalau selalu sangat melayan orang yang tak berapa nak cerdik kita pun akan jadi sama level dengan orang tu"


Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia



I am proud to be Malaysian and more proud of being one of the Sabahan!

Its Hari Malaysia and not Hari 1Malaysia ok!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

masjid

depan rumah


depan rumah (tepi sikit)

i miss my hometown so much!

Tuesday, September 13, 2011

Tiada Caj 6 % - Tak Hairan

rujuk sini

Selepas dikejutkan dengan berita yang mengejutkan atau lagi tepat berita yang menyakitkan hati, hari ini 4 syarikat telco telah bersetuju untuk menanggung SEMUA cukai yang mereka ingin kenakan kepada lebih kurang 26 juta pengguna prabayar. Oh baik sungguh hati mereka. 

Kalau sebelum ini, hampir semua orang sibuk membincangkan kenaikan caj terutama golongan pelajar seperti aku sehingga ada yang sanggup untuk membeli kad 'topup' lebih awal dalam jumlah yang banyak bagi mengelakkan cukai 6 % ni. (aku tak beli pun - saja nak rasa kena caj ). Nampaknya usaha korang dalam membeli kad 'topup' tu sangat tidak berbaloi or berbaloi jugak lah sebab lepas ni korang kenakan lah caj 50 sen untuk setiap kad 'topup' tu. Bisnes bai..lagi-lagi kat U ni. Mesti ada je orang nak.

Kenapa aku tak hairan dengan berita ni?

  1. Sebab aku dah agak dah benda ni akan terjadi mungkin kerana berita caj kenaikan ni sedikit sebanyak mampu mengubah fokus orang sekejap daripada isu kemerdekaan, komunis dan juga isu-isu besar lain. Tapi isu cincin juta-juta tak dapat elak lah. haha
  2. Aku RASA ni saja je taktik deaorang nak tunjuk baik almaklumlah nak dekat PRU ni.
  3. Sebab dah banyak dah kedangkalan yang memang tak masuk akal dibuat oleh mereka-mereka ini yang menyebabkan aku sangat tak suka gila2 kat deorang. pegi sabah kalau nak tau k.
  4. Sebab aku memang tak percaya kat deorang sampai bila-bila. Hahaha! (bukti tak percaya)


Sekian.

p/s - takda gambar (tak reti lukis)

Sekadar Berkongsi

Selamat menduduki peperiksaan UPSR buat adik-adik darjah 6 pagi nanti..semoga semuanya beroleh ketenangan dalam menjawab soalan. Ingatlah bahawa kejayaan tidak diukur dengan jumlah A yang diperolehi tetapi melalui peningkatan diri daripada kurang baik kepada baik dan daripada baik kepada lebih baik. Semoga dilindungi dan dirahmati Allah selalu.

.
.
.
.
.
.
.



agak-agak kalau ada soalan macam ni boleh jawab tak?

GOOD LUCK!

Darjah Tiga

Alhamdulillah hari ni aku (sila rasakan bahawa ianya Isnin sebab aku lambat sangat menaip) aku dah setat jadi pelajar balik untuk tahun ketiga. Usah ditanya tentang perasaan gembira kerana semua itu bukan lagi gembira..sweet sour pun bukan juga tetapi hanyalah perasaan nak cepat-cepat habis belajar dan aku nak kerja pastu kawin. Gila boring life aku kan.

Semester ni aku masih lagi setia menghuni kolej lama dulu mahal - Za'ba dan walaupun mahal ianya berbaloi kerana aku mendapat seorang roomate, sebuah bilik yang sangat besar dan juga tangga yang jarang-jarang orang merasakan dirinya bosan bila cuba menuruninya. Bayangkan korang yang berbadan comel seperti aku menaiki tangga untuk ke aras empat dan sebelum itu terpaksa menaiki dahulu tangga lain sebab blok aku berada di atas bukit serius penat ok!

ok lebih kurang la ngan gambar atas ni..bilik aku aras atas sekali dan sebelum tu naik dulu bukit bertangga
gambar kat atas masa kes kematian kat kolej aku dulu..nak tau citer google

So tengoklah kalau aku dapat bertahan dalam seminggu dua ni..macam nak pindah kolej tapi malas nak urus. Ah tunggu je lah nanti.

Ok selesai sesi merungut, sem ni insyaAllah aku bakal memulakan perniagaan disebabkan punca pendapatan semakin berkurang. Ni semua sebab cukai 6 % la ni. Tak pasal-pasal akak aku nak kurangkan elaun. Ok balik kepada bisnes. Korang tengoklah sendiri ya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

PG1

PG2

PG3

PG4

PG5

PG6

PG7

PG8

PG9

PG10

PG11

PG12

PG13

PG14

PG15

PG16


kalau korang nak beli PM kat aku..kat facebook sebelah tu..mesej je..ni semua gambar aku tangkap sendiri tau dan mutiara ini dijamin keasliannya jangan risau lah. by the way, mutiara ni hanya digalakkan untuk mereka yang bukan berasal dari sabah sebab kalau korang beli kat aku pun aku ni pun orang sabah jugak bah..baik korang beli sendiri jak di sabah sana. 

ok tu je.. Assalamualaikum :)

Thursday, February 17, 2011

Coklat Penawar Stress

i love black forest ^_^

Ok.. aku dah cool down dah..nasib lah aku ni orangnya lambat marah and cepat cool down..bertuah sesapa dapat aku nanti..(undilah saya) :)

Oklah mari makan coklat kedberi yang dibeli di kedai tadi lepas dari CC.. marah lama-lama pun buat sakit otak je..dah lah aku tengah pening sebab tak cukup tidur.. so hari ni nak tido awal dan nak bangun awal untuk replacement class esok.