Monday, August 27, 2012

Raya Saya

Alhamdulillah selepas lebih seminggu atau lapan hari beraya barulah ingat aku nak post sesuatu dekat blog ni dan semestinya gambar raya kan. Tapi sebelum kita masuk ke main dish mari kita cerita sedikit dulu..kenalah ada appetizer dulu kan sebelum kita ke menu utama.

Seperti biasa apakah ertinya raya di rumahku ini without some family drama kan? walaupun tahun ni tidaklah seteruk tahun-tahun lepas tapi tetap ada ok. Inilah cabarannya kalau dapat abang yang kurang bijak sedikit dalam pembahagian masa. Lepas solat raya seperti biasa kami akan berkumpul semuanya untuk bersalaman dan julung kalinya ingin mengadakan sesi fotografi yang selalu saja tidak lengkap kehadiran orangnya tapi alhamdulillah walaupun sesi tersebut hanya dapat dibuat pada jam 12 tengah hari tapi oklah kan..daripada tiada gambar langsung macam tahun-tahun sebelum ni.

Tahun ni juga kami dapat beraya dengan ahli keluarga baru yang baru nak masuk empat bulan hidup kat dunia ni. Ya saya sudah menjadi seorang PAK CIK..and officially I'm gonna make him called me Paksu..abang pun sounds better kan..nampak sikit mudanya..ehmm

Raya tahun ni agak berbeza daripada tahun sebelumnya kerana biasanya hari raya ketiga sudah lebih daripada 20 rumah yang diserbu tapi masuk raya ketiga baru dapat beraya ke 5 buah rumah yang mana 2 buah rumah tersebut merupakan rumah nenek dan makcik di kampung (me so sad). Punca utama berlakunya kejadian ini mungkin disebabkan proses penuaan yang semakin menjadi-jadi atau sedih meninggalkan ramadhan. Ok sebab yang pertama itu lebih tinggi sebenarnya. Mungkin disebabkan kadar keinginan itu mempunyai graf yang semakin menurun maka graf duit raya tahun ini juga berkadar terus dengan jayanya. Ya saya semakin tua dan duit raya pun semakin sedikit. Sila bersyukur jika anda masih dapat duit raya.

Walaubagaimanapun (wah penanda wacana) diriku masih bersyukur kerana dapat menyambut raya bersama-sama dengan family yang ada ini. Hal ini dibuktikan dengan keadaan seluar jeans dan juga baju raya yang mempunyai perbezaan kelonggaran semasa dibeli pada bulan ramadhan dan dipakai di hari raya. Ok enough with the crap mari tengok gambar :D



gambar dimulakan dengan camwhoring myself :D

introducing aqeef (sebelum buat hal cantik baju dia)




lakonan semata

jangan keliru itu abang aku -_-'

ok dia dah start buat hal (ekspresi muka nak bagi pelempang..eh gurau je )

*persembahan bermula*

saya anak bongsu ^_^


anak bongsu disayang lebih


eh tetiba kasih sayang dibahagi *nyah kau kak*

gambar sekeluarga *budak kecik sudah tukar baju*

4 orang cukup


ini merupakan baju raya sebenar untuk tahun ni
 yang warna hijau tu raya tahun lepas punya tema
tapi akibat tidak menjumpai warna hijau pucuk pisang maka konsep recycle perlu diamalkan

Itulah saja gambar raya familia tahun ini. Gambar-gambar para tetamu dan para makanan tidak banyak sebab sibuk dengan diri sendiri. Bukti boleh rujuk gambar di atas. Tu je lah cerita raya tahun ni. Tak berapa nak menarik sebab sifat malas menaip semakin menebal dan aku nak keluar tengok wayang jap lagi. Dan untuk terakhirnya terimalah gambar DP facebook aku buat masa ni :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
gambar yang masih berdua belum bertiga..tahun depan insyaAllah :p

SALAM SYAWAL 1433 H

Saturday, August 4, 2012

Ukhwahfillah

Alhamdulillah..hari ni masuk hari ke 15 umat Islam berpuasa. Ini bermaksud kita sudah berada di pertengahan bulan yang mana hanya tinggal separuh lagi masa yang kita boleh gunakan untuk mencapai tahap ketaqwaan tertinggi kepada Allah.

Mungkin waktu ini sesuai untuk kita gunakan untuk mengira sejauh mana tahap pencapaian kita untuk menjadi seorang hamba yang bertakwa atau adakah kita masih berada di takuk yang lama atau menjadi lebih teruk daripada itu. Mungkin penilaian itu boleh kita lakukan dengan memeriksa semula sejauh mana kita telah memanfaatkan bulan Ramadhan ini sepenuhnya atau adakah tahap puasa atau ibadah yang dilakukan hanya sekadar berlapar dan dahaga. Sekadar muhasabah untuk renungan bersama.

Syukur ke hadrat Ilahi juga kerana hampir 10 tahun mengenali dunia dakwah dan tarbiyah ini, Allah masih lagi ingin menetapkan diriku bersama- sama dengan sahabat-sahabat yang lain untuk terus mengecapi nikmat di dalam berjuang dan sama-sama berusaha untuk menegakkan risalah Islam di bumi Tawau ini. Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebegini yang tidak jemu untuk menegur dan memperbaiki diri di antara satu sama lain agar diri mampu menjadi contoh dan role model yang terbaik untuk generasi seterusnya di dalam perjuangan ini. Walaupun jumlah kita ada pasang surutnya namun itu bukan satu masalah untuk kita terus kuat berada di medan ini. Dan kepada semua sahabatku yang dikenali dari dulu ketahuilah bahawa aku menyayangi kalian semua dan semoga ukhwah yang terbina ini kekal selama-lamanya :')

Wednesday, August 1, 2012

Redha

Redha itu letaknya di hati yang perlu difahami dan dirasai sepenuhnya oleh diri sebelum kita berkongsi dengan orang lain tentang keredhaan itu. Dan kita kena ingat keredhaan atau sifat menerima kita terhadap sesuatu menentukan tahap keimanan kita kepada Allah sama ada kita yakin dan percaya terhadap setiap apa yang telah ditentukannya.

Apa yang paling penting keredhaan itu bukannya sekadar satu status di facebook atau cicipan di twitter yang hanya sekadar mengatakan "aku redha ya Allah"

Monday, May 28, 2012

Buang Habuk

Fuh..fuh..fuh wah dah lama tak update blog ini..nak katakan sibuk well memang sibuk pun..tapi lebih banyaknya bukan sibuk cuma ketiadaan idea atau masa untuk memikirkan apa yang patut diluahkan dalam blog ni. Posting kali ni lebih kepada percubaan sebenarnya. Tunggulah kalau ada masa nanti baru update betul-betul but for now I just hope you can pray for my upcoming exam and I can finish this never ending assignment T_T. Good bye