Thursday, October 28, 2010

not in the mood? its not the end of our life is it?



hari ni dah dua paper aku jawab dengan hampehnya. gila tak hampeh kalau dah lain yang dia mintak lain yang aku jawab. nak kata aku tak setadi? memang lah aku kurang setadi. tapi setadi jugak lah. entahlah, kadang-kadang aku pun tak faham apa masalahnya. masalah aku yang malas belajar or masalah lecturer yang tak bagi notes? haha.. sah2 lah salah lecturer kan. sapa suruh tak bagi notes or references untuk kami semua study. kan dah dijawab bukan-bukan dalam kertas jawapan tu. terimalah seadanya kan.

walaupun sebenarnya aku memang tak ada mood malam ni disebabkan perkara yang berlaku here and there. but who cares kan? its not like the end of life kan? life must go on bak kata orang putih2. orang yang tak seberapa putih diam ok! :). since dah lepas dua paper so aku taknak la buang masa lagi (azam)-niat suci dapat pahala. mulai esok aku nak study dah. untuk paper lusa =_=. dah memanglah kena study dah ko exam lusa. cuba kalau exam tu minggu depan memang takde nye ko nak study esok kan? (yer..jawab di dalam hati).

ok mulai esok!!!mari belajar ya semua. Sastera menanti dengan penuh harapan..harap-harap encik fokus tak pergi mana-mana esok.

p/s-kenapa perlu esok?
p/ss-aku ngantuk lah!!!tido!!!

Wednesday, October 27, 2010

Blog Baru Di Minggu Exam

Salam 1 Malaysia...gila la semangat betul aku dengan salam ni..aku pun tak tau nak jawab apa kalau orang bagi aku salam 1 Malaysia ni..takkan nak jawab Waalaikumsalam 1 Malaysia???ok merepek di situ.




Sebenarnya minggu ni merupakan exam week bagi mahasiswa/i The National University of Malaysia..gempak kan..dah ada 'The'.. Well memandangkan minggu ni exam week (dah cakap kan) so banyaklah benda-benda yang sangatlah berfaedah yang aku buat. Salah satunya adalah mencipta semula belog yang telah lama aku bercadang nak remake ni. Ni lah hasilnya. Walaupun tak seberapa berbanding belog aku yang dulu tu. (nak jugak bangge ni) tapi oklah. 


Untuk Pengetahuan semua juga ya, saya telah mencipta lebih dari satu email yang baru =_=. Sangat pathetic kan??? Email itu sebenarnya adalah untuk menggantikan email lama yang telah saya gunakan since darjah 4 lagi. Kira lah sendiri berapa tahun yer. Saya dah 21 tahun sekarang. Disebabkan nama email itu terlalu childish or gebu-gebu gitu. So baru semalam jugak saya menukarnya kepada yang baru. Hebat kan?


Tapi kenapa semua itu perlu dibuat menjelang 8 jam sebelum exam? Jawapannya kerana saya sangat nervous dan tidak tahu hendak membaca apa kerana saya risau dan tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi kerisauan saya itu. Sangat teruk bukan? Oh memang budak gebu itu begitu perangainya. No wonderlah dia ingin menjadi saya. (Apa ni???). Ini semua merupakan perangai pelik yang saya gemar lakukan menjelang exam. Dan saya pasti bukan saya sahaja yang berbuat begitu. Orang lain juga. Ye dak? 


Bagi memenuhi lagi post pertama ini, aku nak bagi sedikit info apa yang perlu korang buat apabila 12 Jam Lagi Menjelang Exam:


1. Sila tenangkan diri, jangan gabrah apabila melihat buku yang setebal kamus oxford itu yang belum disentuh atau dihighlight isi2 penting di dalamnya.


2. Susun atur meja atau kemaskan bilik yang bersepah dengan sampah2 dan juga sawang-sawang supaya anda dapat belajar dengan tenang.


3. Mainkan lagu2 yang dapat menenangkan hati dan perasaan anda walaupun sebenarnya lagu2 tersebut tambah menyakitkan hati kerana asyik menceritakan tentang cinta, cinta dan cinta.


4. Gunakan FB sebagai medan untuk melepaskan geram dengan mengeluarkan status-status yang mengatakan anda dah habis study supaya rakan anda pun terefect dan jadi macam diri anda.


5. Pastikan anda mempunyai baju kotor yang belum dibasuh dalam seminggu dan anda bolehlah membasuh kesemua baju itu di malam hari sebelum exam. (Kebersihan itu PENTING)


6. Baca nota kuliah yang ringkas yang lecturer anda bagi dalam bentuk point form yang mana satu pun anda tak paham sebab tak pernah nak dengar penjelasan masa dia bagi kuliah. (lebih baik daripada takda kan)


7. Sila makan roti disapu dengan peanut butter dalam 6-7 keping dan nikmatilah ia sampai anda rasa kenyang.


8. Tidur pukul 4 pagi selepas anda telah update belog dan bangun pukul 6.30 pagi untuk solat subuh kemudian mandi dan start baca buku pukul 8.30 pagi.


9. Bersiap2 untuk pergi ke dewan exam dengan otak kosong kerana semua itu hanyalah exam semata-mata dan apa yang anda belajar untuk subjek tu kadang-kadang takda dipraktikkan dalam kehidupan pun.


10. Sila menangis selepas menjawab exam dan bersedia untuk ulang semua perkara di atas untuk paper seterusnya pada malam hari pulak.


So, basically itulah tips yang memang aku dapat berikan dan kepada sesiapa nak guna silalah ikut dan bersedialah menerima Slip Exam anda dengan tangan terbuka kerana anda pasti FAIL kalau buat semua benda di atas ni!!!!arghhh


T_T... Kan bagus kalau aku belajar awal2..
"sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"



SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN!!!
Semoga Berjaya