Saturday, December 11, 2010

ni bukan ruangan soal asyraf imam muda

Disebabkan tidak mahu menyemakkan blog dengan iklan-iklan (macam ada kan) yang selalu diletakkan dalam chatbox, so dengan besar hati saya menjemput kepada semua yang datang ke blog ni untuk meninggalkan jejak atau persoalan apa saja di ruangan formspring di sebelah kanan tu ya.

Eksaited ni sebab berjaya juga aku menjerumuskan kaki ke dalam formspring ni walaupun dah memang ketinggalan agak jauh beribu batu. Kuno betul!

Ok apa-apa hal anda boleh terus bertanya dan sekiranya tidak berjawab, maknanya aku berada di luar kawasan liputan or malas nak bukak formspring tu.

Friday, December 10, 2010

Cerita Cuti (entry tipu)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

So, thats it..itu je la ceritanya. Tiada yang menarik melainkan pertambahan berat badan yang semakin...ehm... 
Result dah keluar dan apa yang diperolehi adalah apa yang telah aku usahakan (that so-called usaha) -_-.
Menangis puas-puas dulu, bukak sem nanti nak belajar rajin-rajin.

Wednesday, November 17, 2010

Its Hari Raya Again

tak sabar nak jumpa lembu-lembu chubby esok!haha

Rasanya baru sekejap kita sambut raya aidilfitri kan? Dah memang aku baru je balik Sabah untuk raya haritu selama 3 minggu, ni pulak balik lagi untuk cuti sem di samping menyambut raya. Mana tak sekejapnya. Raya korban kali ni aku rasa akan disambut simple-simple je sebab ramai lagi member yang tak balik kampung disebabkan masih berkorban masa untuk menjawab soalan exam. Sabarlah ya korang-korang yang masih amik exam, sebab tulah aku sayang UKM lebih.

So, kepada semua keluarga, rakan, musuh dan sesiapa sahaja aku nak ucapkan selamat hari raya korban untuk korang semua ya. Esok jangan ada yang terkorban pulak sebab orang tak kenal mana satu sapi mana satu korang. Kepada semua adik-adik jangan bermain dengan lembu-lembu yang diikat kat pokok tu, kang tak pasal-pasal dia mengamuk macam lembu gila. Dan kepada semua lembu-lembu, tak sabar rasanya nak lapah korang esok. Besh!!!

p/s-tak sabar nak makan daging kari yang mak masak. bau dah semerbak satu rumah ni.

Tuesday, November 16, 2010

Saya Dah Jumpa!

Dah macam journal la pulak kan jadinya blog ku ini. Tiap hari nak update. Nampak sangat takda keja nak buat. Apa boleh buat, dah memang aku suka mengadap laptop kan. So ambik ko update tiap hari.

Dekat facebook hari tu aku ada post nak makan nasi kuning dengan ikan bakar. Nasi kuning memang sah-sahla takkan jumpa di bumi semenanjung tu kan, tapi ikan bakar memang banyak jugak. Hari tu ingat nak makan dengan Kak Sri Hani (blog dia kat tepi tu hah, malas nak buat link) lepas amik paper apa tah. Tapi end up tak dapat nak pegi sebab mungkin Kak Sri Lupa (dia blah awal). Nasib baik tak kempunan kan.

Since aku dah ada kat Sabah ni, so aku pun memang nak lah melantak semua benda-benda yang jarang aku dapat makan di bumi semenanjung tu kan. Dah asyik makan ayam je aku kat sana, nanti tak pasal-pasal orang tak dapat beza pulak aku dengan mak ayam. So, lepas dari pulang dari Semporna tadi, mak aku pergilah membeli sepotong (aku tak tau nak guna istilah apa) ikan bakar di TAWAU (walaupun boleh je nak beli dekat Semporna tadi kan). Memang ibuku sentiasa memahami isi perut anak-anaknya (sayang mak ketat-ketat). Walaupun hanya dapat makan sepotong saja, yang penting aku dah tak kempunan nak makan (dah macam cerita batu belah batu bertangkup pulak) ikan bakar tu. Rasanya memang heaven sangat ditambah dengan air lada (sambal) yang memang umphhhh.

ini bukan ikan goreng

InsyaAllah lepas ni aku nak buat aktiviti ber barbecue la pulak. Nak suruh bapak aku carik ikan besar-besar lepas tu main bakar-bakar kat dapur. Since akak aku dah cuti, nak jadikan dia mangsa pembakaran pulak. Hehe~~~

p/s-dah jumpa nasi kuning jugak, tak sempat amik gambar sebab pelahap kebulur sangat. ^_^

Monday, November 15, 2010

Mereka Dah Jumpa!!!

Terima kasih follower (ke peminat?)

Yup! Nampak tak kat sidebar tu? aku dah ada follower weh! YEAH! Thanks to my friend yang dah jadi follower aku walaupun baru 4 orang kan. Tak kisahla berapa ramai pun, janji dah ada. Blog ni sebenarnya nak launch officially semester 2 nanti, tapi disebabkan Joe Hassan dah jumpa blog ni dan dia dah jadi follower diikuti dengan isteri dia yang kedua tu pun jadi follower aku jugak, maka tiadalah upacara perasmian seperti perasmian pembukaan kedai UNIQLO kat KL tu. (4,3,2,1 BUDAK GEBUUUUUU!!!)

Well, since dah tak jadi nak buat perasmian, maka tiadalah hadiah percuma serta makan-makan yang akan dibuat di cafe KTAMS. (^___^) Jimat jugaklah kan. Ceh macam betul je. Perasan diri ni popular jap. Apapun, aku nak ucapkan berbilion terima kasih kepada semua yang telah jadi follower walaupun time tulis ni baru 4 orang kan. Gila ko tak bangga! Thanks a lot guys, you are my supporter. Wah perasan sekali lagi.

p/s-entry ni pendek je
p/ss-RASA-RASAnya nak bagi hadiah kat follower ke 100. Jom follow ramai.
(follow jangan tak baca pulak tau!)

Saturday, November 13, 2010

Tamat Sudah

Semester 1 tahun 2 berakhir dengan titisan-titisan dakwat pen terakhir pada kertas Kemahiran Membuat Keputusan yang tah papa la aku jawab disebabkan memikirkan nak balik ke bumi tanah tumpah darahku ini. Ya! aku dah habis sem 1 tapi masih di tahun 2 lagi la..

Walaupun berdepan dengan lecturer yang semakin mencabar keimanan untuk tidak memaki-maki mereka semasa kuliah akhirnya aku berjaya (or not) untuk habiskan sem ni. Yalah, nak tak nak memang akan habis jugak kan sem ni. Ah! lupakan semua itu! Lupakan semua yang telah berlalu, apa yang penting masa sekarang. Ya masa cuti yang perlu diisi dengan pelbagai aktiviti makan berfaedah.

Thanks diucapkan kepada kawan-kawan yang banyak membantu dan memberikan ku gelak ketawa yang tak sudah-sudah sepanjang sem ni. Sayang korang ketat-ketat! Jangan nakal-nakal tau sepanjang holiday ni. Nanti taknak lah jumpa sem depan ada yang putus jari ke, putus tangan ke, patah kaki ke, leher 'ter' sembelih sebab orang tak kenal mana satu sapi mana satu korang. Jaga diri bebaik tau!


p/s-joe dah jumpa blog aku!terima kasih sebab berusaha..haha
p/ss-sampai tawau lambat sebab flight delay 30 minit! tapi seronok sebab Stewardess comel-comel..(mode gatal)


Wednesday, November 10, 2010

First Tag

Walaupun bukan spesifik ditujukan kepada diriku ini. tapi aku nak jawab jugak!!!dah dia kata sesapa pun boleh. so aku jawab lah..hahaha..Thanks Joe


So here it is.. kat bawah ni adalah arahan dia. pastikan anda ikut arahan ok!


1. Buka MediaPlayer pilihan hati (WMP,iTunes,foobar,WinAMP or apa2 aje yg bole main lagu) dan playlistkan semua lagu dalam PC/Laptop/netbook anda. Sila on kan Shuffle. Tolong jangan menari dan pokes pada soklan.
2. Untuk setiap soalan, tekan Next, dan itulah jawapan yang dicari selama ini.


ready? 


START!!


IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
YOU RAISE ME UP
*aku suka citer masalah dengan my best friend. dia sangat memahami..miss him already



HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
If I Were You-Hoobastank 
*aku bersyukur dengan diriku ini..tak nak jadi orang lain..



WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Get Over It - Avril Lavigne
*dah get over dah..cewah..haha..



HOW DO YOU FEEL TODAY?
According To You - Orianthi
*ikut suka kau la aku nak rasa apa pun..



WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Diva - Beyonce
*hah..mampu??nak jadi diva!!!


WHAT'S YOUR MOTTO?
Never Say Good Bye - OST My Girl
*biar kita yang tinggalkan..jangan kita ditinggalkan..hahaha..kejam!!!


WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
TEENAGE DREAM
*matilaaaahh..hahaha
yes i am!!!

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Cinta Ini Membunuhku - D'Masiv
*mak bapak dah pesan jangan nak menggatal masa belajar!!!



WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Fallen - Jason Derulo
*jatuh cinta lagi???maybe..hehe


WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Thinking Of You - Katy Perry
*saya tengah memikirkan awak yer..tapi takdalah sampai kissing2 macam lagu ni..
i miss you :(



WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Kembalilah Kasih - Anuar Zain
*ok..lagu kecewa pulak..yes i am rite now..seperti lagu ni lah cerita hidup aku


WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Alright With Me - Kris Allen
*be my self..tiba???ok next!!!



WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Tak Lelah - Anuar Zain lagi..
*aiyoo..nak buang lah lagu anuar zain ni semua..semak je!!!
(memang tak lelah lah tengok orang yang kita suka kan)



WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Somebody To Love - Justin Bieber 
*bila pulak ada lagu budak ni dalam playlist aku???
taknak lah menari kalau lagu ni~~~



WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Through My Windows - Bunkface
*memang hidup balik aku pegi tampar sapa yang main lagu ni!!!



WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
Heartless - Kris Allen
*takda perasaan tentang hobi-hobi ni..aku buat je apa aku rasa aku suka..hahaha



WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Complicated - Avril Lavigne
*tahlah..perlu ke takut2 ni??tu la complicated tu..haha



WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Cooler Than Me - Mike Posner
*im cooler than everyone else..mood perasan lebih~~~



WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
We Made You - Eminem
*ok..ye la tu kot..


WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS? 
Sway - PCD
*mari berdansa ya kawan-kawan



WHAT WILL YOU POST THIS AS? 
Pyramid - Charice ft Iyaz
*hah!!!hidup ni penuh dengan ujian ya!!bercintalah selagi terdaya~~~tibaaaa
saja tak nak jadikan sebagai title sebab ni first tag saya!!!excited ok!!


p/s - sapa pun boleh jawab (macam ada orang baca)
p/ss-nak buanglah lagu yang aku memang tak penah dengar..haha..tah macam mana bole ada kat playlist aku 

Jadilah Warganegara Yang Baik

Pernah tak awak-awak semua terfikir tentang menjadi warganegara yang baik? mesti awak-awak semua cakap kat diri sejak bila pulak aku ni tak baik kan?celah mananya yang aku tak baik tu. Well, selaku seorang daripada berjuta rakyat Malaysia, saya nak bagitau awak-awak semua bahawa salah satu daripada ciri warganegara yang baik adalah menukar MYKAD yang telah terbelah dua dengan gambar yang kabur plus cip yang dah berkarat itu.

aku dah blurkan bahagian muka je..part baju pun still kabur walau tak di blur kan..

ni lagi best. takyah blur kan gambar..memang xnampak muka dah di bawah sinaran lampu kalimantang

see my hand there? you can slip the rm1 note into my IC

=.=
sedih!!!

Hahahaha.. yer..saya baru je menukar kad pengenalan a.k.a mykad saya kepada yang baru setelah lebih kurang 10 tahun. Bayangkan mykad yang bertahun lamanya duduk di dalam dompet yang diletakkan di poket belakang seluar setiap kali hendak ke mana-mana. Hah itulah dia. 10 tahun ok..10 tahun. Tak pernah tukar sehinggalah akak Imigresen yang duk kat kaunter airport tu penat nak suruh aku tukar mykad tu. Katanya muka aku dah tak sama, macam mana dia tau pulak kan sedangkan tak nampak muka dah pun kat my kad lama aku tu. haha.


So, berbekalkan keazaman yang tinggi dan juga duit yang tak seberapa ni aku pun pergilah buat mykad baru pada 8 OKTOBER 2010 kat Putrajaya tu yang kononnya hanya mengambil masa sehari untuk menyiapkannya. Thanx to Fatin, Joe dan Faizal sebab sudi temankan aku buat mykad ditambah dengan peristiwa terperangkap di surau sebab hujan. Klik sini untuk citer tu. Well memang betul pun siap sehari je. Tapi kalau dah pergi hari jumaat, sah-sah la tak dapat nak amik hari sabtu tu kan. Kena lah jugak pergi hari Isnin.


Tapi disebabkan masalah kenderaan dan malas nak pergi Putrajaya untuk ambik IC yang baru tu, so barulah tadi aku terhegeh-hegeh nak pegi amik benda alah tu bertemankan Abang Faiz yang baik budi dan hatinya kerana sudi menemankan aku ni. Ya. Hari INI!!! 9 NOVEMBER 2010 baru aku pegi amik IC baru itu. Selepas sebulan baru aku dapat memboloskan diri ke Putrajaya ya..hahaha. Mana taknya suka sangat buat benda last minute kan. Kalau tak disebabkan aku nak balik Sabah Jumaat ni. Tak adanya aku nak mengigihkan diri nak ke Putrajaya tu. Biar je sampai berkulat IC tu. Aku setia pada yang lama ni. Cewah. Haha. Tapi alhamdulillah, sebab lepas ni aku tak payah lagi nak berdepan dengan akak imigresen tu dan reka macam-macam alasan tuk dia. Menipu tu berdosa tau. ^^


Hah, inilah rupa IC aku yang baru. So kepada semua jadilah warganegara yang baik ye. Sila tukar IC apabila sampai masanya.
ini yang baru..hehe..gambar dah boleh nampak dah..tapi xnak tunjuk..abang faiz kata jambu boy =.=
celah mana jambu aku tak tau




p/s-kena bayar rm10 ringgit. sepatutnya free la. sebab dah memang IC yang lama tu tak berkualiti. =.=

Sunday, November 7, 2010

Aku Beli Gundam Lagi

Yup! seperti tajuk di atas, ni merupakan gundam yang ke berapa aku tak ingat dah. Since aku memang suka dengan benda ni, so tak kisahlah berapa banyak aku nak beli kan. Khamis lepas aku dengan beberapa orang member yang tak seberapa nak ayu pergi bersiar-siar membuang masa di Times Square. So dengan gigihnya aku berjalan ke kedai apa tah aku tak ingat untuk mencari Transformer! 

Yer, at first memang nak beli sebijik Bumblebee untuk dijadikan perhiasan di atas meja belajar ku ini, tapi disebabkan harganya yang agak mahal dan keadaan ekonomi sekarang ni kurang memuaskan di samping rupa Bumblebee tu tak sama dengan yang ada dekat dalam filem, so aku cancel la niatku itu dan beralih ke bahagian belakang kedai tersebut yang mana menempatkan berkotak-kotak Gundam yang belum siap dipasang yang menyebabkan aku pening untuk memilihnya. So after quite some time, I decided to buy this one. 

ok. sila bayangkan ada beratus-ratus kotak macam ni mana tak pening nak pilih

Walaupun cerita ni belum sampai pun dekat Malaysia atau dah (tah, kawan aku kata belum lagi) tapi disebabkan aku nekad pada waktu itu, so aku beli je. Sebab dalam trailer filem tu aku tengok gundam ni lawa. (aku suka jadi aku beli). Selepas semalaman memasang dan menyambung part-part kecil tu, maka inilah hasilnya.






sila abaikan benda berselerak atas meja tu ok!

Cool kan, kalau la benda ni boleh gerak-gerak lagi best. Tapi ok lah ni dengan sendi-sendi yang still boleh dibengkokkan dan diletakkan dalam pelbagai posisi menarik compare to the first gundam that I buy long time ago. Lepas ni nak beli Reborns gundam pulak. Dah lama mengidam tapi asyik lupa je. ^_^

p/s-masa balik dari TS tu aku nampak pacik yang buta ni boleh guna HP untuk SMS. sangat kagum!!!
p/ss-tak sempat pegi UNIQLO. takda duet!!!buat sakit hati je pegi
p/sss-aku beli seluar baru. 70% offer..hehe

Thursday, October 28, 2010

not in the mood? its not the end of our life is it?



hari ni dah dua paper aku jawab dengan hampehnya. gila tak hampeh kalau dah lain yang dia mintak lain yang aku jawab. nak kata aku tak setadi? memang lah aku kurang setadi. tapi setadi jugak lah. entahlah, kadang-kadang aku pun tak faham apa masalahnya. masalah aku yang malas belajar or masalah lecturer yang tak bagi notes? haha.. sah2 lah salah lecturer kan. sapa suruh tak bagi notes or references untuk kami semua study. kan dah dijawab bukan-bukan dalam kertas jawapan tu. terimalah seadanya kan.

walaupun sebenarnya aku memang tak ada mood malam ni disebabkan perkara yang berlaku here and there. but who cares kan? its not like the end of life kan? life must go on bak kata orang putih2. orang yang tak seberapa putih diam ok! :). since dah lepas dua paper so aku taknak la buang masa lagi (azam)-niat suci dapat pahala. mulai esok aku nak study dah. untuk paper lusa =_=. dah memanglah kena study dah ko exam lusa. cuba kalau exam tu minggu depan memang takde nye ko nak study esok kan? (yer..jawab di dalam hati).

ok mulai esok!!!mari belajar ya semua. Sastera menanti dengan penuh harapan..harap-harap encik fokus tak pergi mana-mana esok.

p/s-kenapa perlu esok?
p/ss-aku ngantuk lah!!!tido!!!

Wednesday, October 27, 2010

Blog Baru Di Minggu Exam

Salam 1 Malaysia...gila la semangat betul aku dengan salam ni..aku pun tak tau nak jawab apa kalau orang bagi aku salam 1 Malaysia ni..takkan nak jawab Waalaikumsalam 1 Malaysia???ok merepek di situ.




Sebenarnya minggu ni merupakan exam week bagi mahasiswa/i The National University of Malaysia..gempak kan..dah ada 'The'.. Well memandangkan minggu ni exam week (dah cakap kan) so banyaklah benda-benda yang sangatlah berfaedah yang aku buat. Salah satunya adalah mencipta semula belog yang telah lama aku bercadang nak remake ni. Ni lah hasilnya. Walaupun tak seberapa berbanding belog aku yang dulu tu. (nak jugak bangge ni) tapi oklah. 


Untuk Pengetahuan semua juga ya, saya telah mencipta lebih dari satu email yang baru =_=. Sangat pathetic kan??? Email itu sebenarnya adalah untuk menggantikan email lama yang telah saya gunakan since darjah 4 lagi. Kira lah sendiri berapa tahun yer. Saya dah 21 tahun sekarang. Disebabkan nama email itu terlalu childish or gebu-gebu gitu. So baru semalam jugak saya menukarnya kepada yang baru. Hebat kan?


Tapi kenapa semua itu perlu dibuat menjelang 8 jam sebelum exam? Jawapannya kerana saya sangat nervous dan tidak tahu hendak membaca apa kerana saya risau dan tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi kerisauan saya itu. Sangat teruk bukan? Oh memang budak gebu itu begitu perangainya. No wonderlah dia ingin menjadi saya. (Apa ni???). Ini semua merupakan perangai pelik yang saya gemar lakukan menjelang exam. Dan saya pasti bukan saya sahaja yang berbuat begitu. Orang lain juga. Ye dak? 


Bagi memenuhi lagi post pertama ini, aku nak bagi sedikit info apa yang perlu korang buat apabila 12 Jam Lagi Menjelang Exam:


1. Sila tenangkan diri, jangan gabrah apabila melihat buku yang setebal kamus oxford itu yang belum disentuh atau dihighlight isi2 penting di dalamnya.


2. Susun atur meja atau kemaskan bilik yang bersepah dengan sampah2 dan juga sawang-sawang supaya anda dapat belajar dengan tenang.


3. Mainkan lagu2 yang dapat menenangkan hati dan perasaan anda walaupun sebenarnya lagu2 tersebut tambah menyakitkan hati kerana asyik menceritakan tentang cinta, cinta dan cinta.


4. Gunakan FB sebagai medan untuk melepaskan geram dengan mengeluarkan status-status yang mengatakan anda dah habis study supaya rakan anda pun terefect dan jadi macam diri anda.


5. Pastikan anda mempunyai baju kotor yang belum dibasuh dalam seminggu dan anda bolehlah membasuh kesemua baju itu di malam hari sebelum exam. (Kebersihan itu PENTING)


6. Baca nota kuliah yang ringkas yang lecturer anda bagi dalam bentuk point form yang mana satu pun anda tak paham sebab tak pernah nak dengar penjelasan masa dia bagi kuliah. (lebih baik daripada takda kan)


7. Sila makan roti disapu dengan peanut butter dalam 6-7 keping dan nikmatilah ia sampai anda rasa kenyang.


8. Tidur pukul 4 pagi selepas anda telah update belog dan bangun pukul 6.30 pagi untuk solat subuh kemudian mandi dan start baca buku pukul 8.30 pagi.


9. Bersiap2 untuk pergi ke dewan exam dengan otak kosong kerana semua itu hanyalah exam semata-mata dan apa yang anda belajar untuk subjek tu kadang-kadang takda dipraktikkan dalam kehidupan pun.


10. Sila menangis selepas menjawab exam dan bersedia untuk ulang semua perkara di atas untuk paper seterusnya pada malam hari pulak.


So, basically itulah tips yang memang aku dapat berikan dan kepada sesiapa nak guna silalah ikut dan bersedialah menerima Slip Exam anda dengan tangan terbuka kerana anda pasti FAIL kalau buat semua benda di atas ni!!!!arghhh


T_T... Kan bagus kalau aku belajar awal2..
"sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"



SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN!!!
Semoga Berjaya