Wednesday, November 10, 2010

Jadilah Warganegara Yang Baik

Pernah tak awak-awak semua terfikir tentang menjadi warganegara yang baik? mesti awak-awak semua cakap kat diri sejak bila pulak aku ni tak baik kan?celah mananya yang aku tak baik tu. Well, selaku seorang daripada berjuta rakyat Malaysia, saya nak bagitau awak-awak semua bahawa salah satu daripada ciri warganegara yang baik adalah menukar MYKAD yang telah terbelah dua dengan gambar yang kabur plus cip yang dah berkarat itu.

aku dah blurkan bahagian muka je..part baju pun still kabur walau tak di blur kan..

ni lagi best. takyah blur kan gambar..memang xnampak muka dah di bawah sinaran lampu kalimantang

see my hand there? you can slip the rm1 note into my IC

=.=
sedih!!!

Hahahaha.. yer..saya baru je menukar kad pengenalan a.k.a mykad saya kepada yang baru setelah lebih kurang 10 tahun. Bayangkan mykad yang bertahun lamanya duduk di dalam dompet yang diletakkan di poket belakang seluar setiap kali hendak ke mana-mana. Hah itulah dia. 10 tahun ok..10 tahun. Tak pernah tukar sehinggalah akak Imigresen yang duk kat kaunter airport tu penat nak suruh aku tukar mykad tu. Katanya muka aku dah tak sama, macam mana dia tau pulak kan sedangkan tak nampak muka dah pun kat my kad lama aku tu. haha.


So, berbekalkan keazaman yang tinggi dan juga duit yang tak seberapa ni aku pun pergilah buat mykad baru pada 8 OKTOBER 2010 kat Putrajaya tu yang kononnya hanya mengambil masa sehari untuk menyiapkannya. Thanx to Fatin, Joe dan Faizal sebab sudi temankan aku buat mykad ditambah dengan peristiwa terperangkap di surau sebab hujan. Klik sini untuk citer tu. Well memang betul pun siap sehari je. Tapi kalau dah pergi hari jumaat, sah-sah la tak dapat nak amik hari sabtu tu kan. Kena lah jugak pergi hari Isnin.


Tapi disebabkan masalah kenderaan dan malas nak pergi Putrajaya untuk ambik IC yang baru tu, so barulah tadi aku terhegeh-hegeh nak pegi amik benda alah tu bertemankan Abang Faiz yang baik budi dan hatinya kerana sudi menemankan aku ni. Ya. Hari INI!!! 9 NOVEMBER 2010 baru aku pegi amik IC baru itu. Selepas sebulan baru aku dapat memboloskan diri ke Putrajaya ya..hahaha. Mana taknya suka sangat buat benda last minute kan. Kalau tak disebabkan aku nak balik Sabah Jumaat ni. Tak adanya aku nak mengigihkan diri nak ke Putrajaya tu. Biar je sampai berkulat IC tu. Aku setia pada yang lama ni. Cewah. Haha. Tapi alhamdulillah, sebab lepas ni aku tak payah lagi nak berdepan dengan akak imigresen tu dan reka macam-macam alasan tuk dia. Menipu tu berdosa tau. ^^


Hah, inilah rupa IC aku yang baru. So kepada semua jadilah warganegara yang baik ye. Sila tukar IC apabila sampai masanya.
ini yang baru..hehe..gambar dah boleh nampak dah..tapi xnak tunjuk..abang faiz kata jambu boy =.=
celah mana jambu aku tak tau




p/s-kena bayar rm10 ringgit. sepatutnya free la. sebab dah memang IC yang lama tu tak berkualiti. =.=

No comments: