Sunday, April 14, 2013

Rehatlah

Kau sebenarnya perlu berehat. Rehatkan dirimu dari terlalu mudah percaya. Kau tahu dirimu itu lembut dan mudah tersentuh tapi jangan sampai kerana kelembutan itu kau terlalu mudah diperdaya. Belajarlah daripada semua yang berlaku.

Suatu masa dulu kau mungkin pernah percaya. Kau pernah merasa nikmat. Tapi disebabkan percaya dan nikmat itu juga kau seperti kehilangan rasa untuk menilai. Kau seolah terlupa bahawa kau sangat mudah untuk merasa walaupun itulah tujuan kau sebenarnya berada di dalam diri.

Cukuplah. Jangan kau kesal dengan semua yang berlaku. Sebab kau perlu teruskan untuk belajar merasa dan belajar semula untuk percaya. Rasa dan percayalah dengan berhati-hati agar kau tidak rosak dan kecewa.

Rehatlah duhai hati

Sunday, April 7, 2013

Internship a.k.a cikgu praktikal

Assalamualaikum alhamdulillah rajin juga aku nak update blog ni. Sebelum bercerita lebih lanjut aku nak ucap selamat tahun baru 2013 sebab rasanya inilah post pertama untuk tahun ni. Releklah kan baru bulan 4 so kira masih di dalam first half lagi so masih baru lagi.

Alhamdulillah tahun ni atau lebih tepat lagi semester ini merupakan semester akhir aku di UKM dan juga merupakan semester aku untuk berpraktikum di sekolah. Maknanya memang tiada sudah exam yang perlu diduduki di Panggung Seni, Dewan Gemilang mahupun Perpustakaan baru lingkungan kedua di UKM itu.

So bercerita berkenaan dengan praktikum atau menjadi guru pelatih ni memang biasa saja pun dengan lirik-lirik atau lagu yang biasa dinyanyikan oleh cikgu-cekgi yang pernah praktikal sebab semua melalui benda yang sama kan. Tapi alhamdulillah aku tetap bersyukur sebab dapat sekolah yang boleh tahan juga lah tahap cabarannya iaitu cabaran menghadapi pelajar. Rasanya memang standard lah kan perangai pelajar zaman sekarang ni dan ini merupakan pengalaman pertama aky mengajar pelajar selain bangsa Melayu so kira good experience jugaklah.

Sebenarnya tujuan nak update blog ni sebab nak bagitau je aku tengah buat apa dan perkembangan yang sentiasa berkembang bulat ni. InsyaAllah lagi 10 minggu maka berakhirlah sudah kerjaya sementara ini. Semoga aku dapat buat yang terbaik dalam praktikum ini dan juga penulisan akademik aku yang memang dah ke laut ceritanya itu. Apa-apa pun semoga kita semua dipelihara olehNya dan dipermudahkan segala urusan. Jumpa lagi nanti di entry akan datang :)

HR