Tuesday, July 2, 2013

Berakhirnya satu episod

Hello keek! ok tetiba salah apps

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah selepas bertarung lebih kurang 5 bulan atau lebih tepat 16 minggu minus seminggu masuk padang berpanas, akhirnya internship saya sudah habis, yeayyy *confetti*. Perjalanan selama 16 minggu tu memang terlalu banyak ya rabbi cabaran dia. Kalau nak dibuat diari dari hari pertama sampai hari akhir memang kalah lah novel ombak rindu yang aku baca form 1 dulu tu.

Walaupun boleh kata setiap hari kehilangan sabar dan iman semakin berkurang tapi look at the bright side kau dah tau macam mana student masa ini yang begitu kekurangan perhatian dan bila kau posting nanti tiadalah istilah oh aku tak pernah jumpa makhluk macam ni sepanjang hidup. So kiranya asas kau dah kukuh lah untuk menghadapi sebarang dugaan pelajar yang perlukan extra attention di luar sana (nampak tak aku guna bahasa baik extra attention instead of %{<~^*{ tu )

Dengan berakhirnya internship aku tu sepatutnya berakhirlah jugak tempoh 4 tahun aku belajar di unversiti kebanggaan malaysia itu tapi langit tidak selalunya cerah sebab penulisan yang sepatutnya sudah siap tu belum siap2 lagi. But fear not benda tu akan berakhir insyaAllah dalam minggu ini juga.Confident level *bobo*

Oklah itu saja pun nak bagitau walaupun ramai dah tahu tapi tak rasmi sebab tak bagitau di blog lagi. Selamat berbuat kebaikan di bulan syaaban menuju ramadan ini. Jumpa lagi bila aku rasa nak menulis