Tuesday, November 16, 2010

Saya Dah Jumpa!

Dah macam journal la pulak kan jadinya blog ku ini. Tiap hari nak update. Nampak sangat takda keja nak buat. Apa boleh buat, dah memang aku suka mengadap laptop kan. So ambik ko update tiap hari.

Dekat facebook hari tu aku ada post nak makan nasi kuning dengan ikan bakar. Nasi kuning memang sah-sahla takkan jumpa di bumi semenanjung tu kan, tapi ikan bakar memang banyak jugak. Hari tu ingat nak makan dengan Kak Sri Hani (blog dia kat tepi tu hah, malas nak buat link) lepas amik paper apa tah. Tapi end up tak dapat nak pegi sebab mungkin Kak Sri Lupa (dia blah awal). Nasib baik tak kempunan kan.

Since aku dah ada kat Sabah ni, so aku pun memang nak lah melantak semua benda-benda yang jarang aku dapat makan di bumi semenanjung tu kan. Dah asyik makan ayam je aku kat sana, nanti tak pasal-pasal orang tak dapat beza pulak aku dengan mak ayam. So, lepas dari pulang dari Semporna tadi, mak aku pergilah membeli sepotong (aku tak tau nak guna istilah apa) ikan bakar di TAWAU (walaupun boleh je nak beli dekat Semporna tadi kan). Memang ibuku sentiasa memahami isi perut anak-anaknya (sayang mak ketat-ketat). Walaupun hanya dapat makan sepotong saja, yang penting aku dah tak kempunan nak makan (dah macam cerita batu belah batu bertangkup pulak) ikan bakar tu. Rasanya memang heaven sangat ditambah dengan air lada (sambal) yang memang umphhhh.

ini bukan ikan goreng

InsyaAllah lepas ni aku nak buat aktiviti ber barbecue la pulak. Nak suruh bapak aku carik ikan besar-besar lepas tu main bakar-bakar kat dapur. Since akak aku dah cuti, nak jadikan dia mangsa pembakaran pulak. Hehe~~~

p/s-dah jumpa nasi kuning jugak, tak sempat amik gambar sebab pelahap kebulur sangat. ^_^

No comments: