Monday, August 27, 2012

Raya Saya

Alhamdulillah selepas lebih seminggu atau lapan hari beraya barulah ingat aku nak post sesuatu dekat blog ni dan semestinya gambar raya kan. Tapi sebelum kita masuk ke main dish mari kita cerita sedikit dulu..kenalah ada appetizer dulu kan sebelum kita ke menu utama.

Seperti biasa apakah ertinya raya di rumahku ini without some family drama kan? walaupun tahun ni tidaklah seteruk tahun-tahun lepas tapi tetap ada ok. Inilah cabarannya kalau dapat abang yang kurang bijak sedikit dalam pembahagian masa. Lepas solat raya seperti biasa kami akan berkumpul semuanya untuk bersalaman dan julung kalinya ingin mengadakan sesi fotografi yang selalu saja tidak lengkap kehadiran orangnya tapi alhamdulillah walaupun sesi tersebut hanya dapat dibuat pada jam 12 tengah hari tapi oklah kan..daripada tiada gambar langsung macam tahun-tahun sebelum ni.

Tahun ni juga kami dapat beraya dengan ahli keluarga baru yang baru nak masuk empat bulan hidup kat dunia ni. Ya saya sudah menjadi seorang PAK CIK..and officially I'm gonna make him called me Paksu..abang pun sounds better kan..nampak sikit mudanya..ehmm

Raya tahun ni agak berbeza daripada tahun sebelumnya kerana biasanya hari raya ketiga sudah lebih daripada 20 rumah yang diserbu tapi masuk raya ketiga baru dapat beraya ke 5 buah rumah yang mana 2 buah rumah tersebut merupakan rumah nenek dan makcik di kampung (me so sad). Punca utama berlakunya kejadian ini mungkin disebabkan proses penuaan yang semakin menjadi-jadi atau sedih meninggalkan ramadhan. Ok sebab yang pertama itu lebih tinggi sebenarnya. Mungkin disebabkan kadar keinginan itu mempunyai graf yang semakin menurun maka graf duit raya tahun ini juga berkadar terus dengan jayanya. Ya saya semakin tua dan duit raya pun semakin sedikit. Sila bersyukur jika anda masih dapat duit raya.

Walaubagaimanapun (wah penanda wacana) diriku masih bersyukur kerana dapat menyambut raya bersama-sama dengan family yang ada ini. Hal ini dibuktikan dengan keadaan seluar jeans dan juga baju raya yang mempunyai perbezaan kelonggaran semasa dibeli pada bulan ramadhan dan dipakai di hari raya. Ok enough with the crap mari tengok gambar :D



gambar dimulakan dengan camwhoring myself :D

introducing aqeef (sebelum buat hal cantik baju dia)




lakonan semata

jangan keliru itu abang aku -_-'

ok dia dah start buat hal (ekspresi muka nak bagi pelempang..eh gurau je )

*persembahan bermula*

saya anak bongsu ^_^


anak bongsu disayang lebih


eh tetiba kasih sayang dibahagi *nyah kau kak*

gambar sekeluarga *budak kecik sudah tukar baju*

4 orang cukup


ini merupakan baju raya sebenar untuk tahun ni
 yang warna hijau tu raya tahun lepas punya tema
tapi akibat tidak menjumpai warna hijau pucuk pisang maka konsep recycle perlu diamalkan

Itulah saja gambar raya familia tahun ini. Gambar-gambar para tetamu dan para makanan tidak banyak sebab sibuk dengan diri sendiri. Bukti boleh rujuk gambar di atas. Tu je lah cerita raya tahun ni. Tak berapa nak menarik sebab sifat malas menaip semakin menebal dan aku nak keluar tengok wayang jap lagi. Dan untuk terakhirnya terimalah gambar DP facebook aku buat masa ni :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
gambar yang masih berdua belum bertiga..tahun depan insyaAllah :p

SALAM SYAWAL 1433 H

No comments: