Alhamdulillah..hari ni masuk hari ke 15 umat Islam berpuasa. Ini bermaksud kita sudah berada di pertengahan bulan yang mana hanya tinggal separuh lagi masa yang kita boleh gunakan untuk mencapai tahap ketaqwaan tertinggi kepada Allah.
Mungkin waktu ini sesuai untuk kita gunakan untuk mengira sejauh mana tahap pencapaian kita untuk menjadi seorang hamba yang bertakwa atau adakah kita masih berada di takuk yang lama atau menjadi lebih teruk daripada itu. Mungkin penilaian itu boleh kita lakukan dengan memeriksa semula sejauh mana kita telah memanfaatkan bulan Ramadhan ini sepenuhnya atau adakah tahap puasa atau ibadah yang dilakukan hanya sekadar berlapar dan dahaga. Sekadar muhasabah untuk renungan bersama.
Syukur ke hadrat Ilahi juga kerana hampir 10 tahun mengenali dunia dakwah dan tarbiyah ini, Allah masih lagi ingin menetapkan diriku bersama- sama dengan sahabat-sahabat yang lain untuk terus mengecapi nikmat di dalam berjuang dan sama-sama berusaha untuk menegakkan risalah Islam di bumi Tawau ini. Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebegini yang tidak jemu untuk menegur dan memperbaiki diri di antara satu sama lain agar diri mampu menjadi contoh dan role model yang terbaik untuk generasi seterusnya di dalam perjuangan ini. Walaupun jumlah kita ada pasang surutnya namun itu bukan satu masalah untuk kita terus kuat berada di medan ini. Dan kepada semua sahabatku yang dikenali dari dulu ketahuilah bahawa aku menyayangi kalian semua dan semoga ukhwah yang terbina ini kekal selama-lamanya :')
No comments:
Post a Comment